Showing posts with label :: bebel bebel ::. Show all posts
Showing posts with label :: bebel bebel ::. Show all posts

Friday, 11 May 2012

Update.

Salam.

Hyeee! Sebenarnya tengah mamai mamai jugak ni. Malam tadi stay lab untill 4 pagi. Gler rajin an? Kalau mak abah tau mesti kembang kembang idung diorg. muahaha. BTW nak share ni, semalam kte ngn Kak Nina pegi dengar forum pasal KAWEN MUDA. wohaaaaaa. ;)

Korang korang mesti fikir, "eleh, die dah nak kawen mmg la dengar talk pasal tu". Tapi bagi kite, semua org yang nak kawen tak kesah lah bila, dimana, dengan siapa patut dengar talk malam tadi. Such a VERY GOOD discussion. BAAAANNNYAAAAKKKKK sangat ilmu yang dapat. Huuuu. Tak rasa rugi pon luangkan almost 2++ hours dalam DSI. Tambah plak panel panel nye Glerr Bessttt! haaa. Gelak je sepanjang masa. ;)

Tapi lepas dengar talk mlm tadi, hati ni rasa berbelah bahagi pulak. Half mcm lagi semangat nak kawen, banyak dapat pahala. Tuhan sayang. Syaitan kecewa. Sunnah Nabi. But half lagi mcm, err. dah betul betul ready ke nak kahwin ni? I mean bukan ready dari segi luaran but dalaman. Ustazah cakap persediaan paling utama sebelum kahwin is IBADAH and AKHLAK. huuu. Terus rasa nak nangis. Feel like, yeke aku ni dah ready nak jadi isteri yang baik. Nak jadi ibu? Contoh yg baik ke pd anak anak aku? Nak nangis lagi! Yela kite nak kawen, nak dapat redha Tuhan. Bukan sebab suke suke saja saja je. Bukan sebab nak halal kan pegang pegang segala bagai semata mata *even itu salah satu penyebab nya* Tapi the  main is, bg kite dengan kawen ni la kite bley dapat pahala banyak. Buat ape ape semua dapat pahala besar. Tapi tapi tapi. Bler fikir balik, sekarang ni amal ibadat pon tunggang langgang, ape lagi akan datang? tsk tsk tsk T___T

Tapi bak kata Abhuzar, "jangan berhenti mencari ilmu. tu je kunci dia. kalau nk kira betul2 ready, mmg subjektif sgt. kene bertindak dr skrg la!" 

Yup, betul betul. Its Good la kalau dah ada kesedaran and dah tau tindakan yang perlu diambil. But the thing is, sekuat mana kita nak memulakan action. kann? Kite harap sangat sangat Cik Lee pon dengar jugak talk mlm tadi. Yela, nak melayari bahtera rumah tangga ni bukan senang. Dua dua kena take move nak maintain kan bahagia akan datang. :) Tapi sebab Cik Lee tade malam tadi, so kte dah catitkan point point penting. Jap lagi time die tgh drive, kite bagi ceramah kat die plak. hehehe.
Okeylah. Got to go. Sebab sebenarnya kite tgh chat dengan kwn lama kite ni. Nak suruh die pilih color untuk wedding kite nanti. Warna yg kita pilih dah kena 'curi' org. wuuu :'(
Doakan kita dapat jadi wife and mummy yang terbaik akan datang. Bye! Assalam. ;)

Tak sabar nak tggu saat "aku terima nikahnya"




Thursday, 22 December 2011

*sigh*

Salam. 

Allahuakbar. Astaghfirullah. 


Rasa nak mengucap panjang panjang after kelas tadi.
Oh, setelah update segala benda and buat list thing to do.

Baru nampak yang sebenar nye TERLAMPAU BANYAK sangat benda nak buat.
Oh, sangat sangat nak menangis.
Tapi, aina kan kuat. Kalau aina yang dulu boleh la nak nangis nangis. *senyum lebar lebar*
Bler terasa tensen mula nak meletus, cepat cepat call mak. Tenang dapat dengar suara mak.
Rasa mcm nak balik jumpa + hugs mak banyak banyak je.
Nasib baik rumah dekat, so boleh curi curi balik esok pagi. *thanks sayang*
Jumpa mak abah. Peluk + cium mereka amek semangat nak exam.
Nak buat mcm mana kan. Nak tak nak, Kena jugak hadapi. 
Final year student la katekan. Mcm ni la gaya nye kan?! :')

Oh Tuhan. 
Berikan hamba Mu ini kekuatan dan semangat dalam menuntut ilmu.
Berikan juga ketenangan dan lapangkan hati ku.
Jangan kau biarkan aku terus mengeluh dengan nikmatmu. 

Be strong aina. 

p/s: tadi mak pesan, kalau buat kerja nak marah marah, tensen tensen satu benda pon tak jadi. So, tenangkan hati. Makan bebanyak. Buat kerja satu satu. Kerja tak kan pernah habis selagi mata ini terbuka dan kudrat masih berfungsi. *thats why i love my mum the most, she know how to comfort me very well.*:) BTW doakan aina ye. For every single things yang aina buat. Semoga kita sama sama berjaya dunia akhirat. amin. :)

Study must come 1st (someone,2003)


IMPORTANT DATE :
23.12 (esok) - Dating ngn ayahanda. 3.30pm
24.12 (lusa) - Dating ngn kekanda (masih fikir2 nak g ke tak)
27-28.12 (selasa & rabu) - Presentation proposal.
29.12 (khamis) - Lecture KJ + Quiz
30.12 (jumaat) - Final YB T_T
1.1 (ahad) - Final YB
3.1 (selasa) - Final KJ
7.1 (sabtu) - Final Mama Sha
12.1 (khamis) - Final Dr Zul.

Things to-do :
project management (project +test)
local gov (project + test)
lab kj (GPS)
project mama. 



ok, dah! nak buat keja. babai. T____T

Friday, 15 July 2011

TERIMA KASEH, KAWAN! :)

Salam

Dear PEEPS!

Hye. Not in mood today! Rasa DOWN yang teramat sangat!! Semalam aina call one of my friend and dapat news yang sangat sangat cukup boleh buat aina rasa nak terjun dr tingkat 8 bangunan MPKU ni. *sigh*

Ape perasaan kamu kamu bila dapat tau yang KAWAN BAIK kamu kamu kutuk and buat cerita yang kurang best pasal kamu? Damn! Kompem hangin satu badan kan? Ergh!! Geramnya! Aina ni tade la baik sangat pon. Bukan la nak cakap pasal org semua tak boleh kutuk aina. NO! aina tak kisah pon. Im not perfect person. Alangkan orang yang baik pon di-umpat-umpat, inikan pulak aina. Cuma yang kecewa nya bila dapat tau ‘makhluk tuhan ni’ orang yang aina sayang sangat. Aina percaya 110% lah kat manusia ni. Sumpah aina anggap manusia ni dah macam family aina sendiri. Tapi, haihhh. Ntah la. Bila dengan aina, punya la mcm dia la kawan yang paling best + paling bagus yang aina penah ada dalam dunia ni. Hakilat nya, macam HARAM~! Sumpah sekarang ni aina tak tau nak buat ape. No idea nak berhadapan dengan manusia ni mcm mana akan datang.  Down sangat sangat. Apa yang aina rasa sekarang lagi sakit dari masa aina putus tunang aritu! Rasa mcm kena dump + betray ngn akak sendiri! Hilang dah selera makan! Kompem lepas ni boleh kurus and selim balik! Grrr. !_!

Huh! Takpe lah, semoga  ALLAH membalas ‘jasa and budi baik’ manusia manusia berkenaan.Rakan rakan, minta maaf. saya tidak boleh mempercayai anda selepas ini.

Dah! Nak tenangkan pikiran. Nak cari sundae lime kat McD. Babai~!

p/s: tuh la orang cakap, buat baik berpada pada. =.="



The day you betrayed my trust was the day that I lost all my
 trust for you.I believed that you would take care of ym heart and that's why I left it with you.Well, I am taking it back because at this very moment I can't trust you with my heart.In fear that you will hurt me once more.

Monday, 11 July 2011

%^*&@#~

Salam.

Dear peeps.

Hye! Lama tak update. Busy sangat sangat. Plus mcm tade mood langsung nak menaip. Niii. Nak bercerita. Last week mmg aina hangin satu badan dengan seorang kakak ni. Aigoo. Kamu kamu pernah jumpa tak dengan manusia yang asek nak meng-hentam hasil kerja orang je. Aina tak kisah pon sebab aina tau yang aina ni bukan la buat kerja best sangat pon. Nak tegur, tegur la. Tapi bagi la idea pulak. Wuuu. Ni tak. Dok komen itu komen ini. Sendiri punya kerja tak siap! Pastu bukan nak tolong pon. Ergh! Geram geram! Rase nak geget geget je pipi die. 

1st taim aina kecik ati masa aina tengah ber-hempas-pulas buat logo 5S. Dah la buat last minute plus tade idea plus aina ni bukan pandai sangat pon. Orang lain tade ckp ape pon. Bos pon tak kate ape, aleh aleh die datang ckp ‘kenapa benda ni mcm ni. Tak cantik la. Nape tak mcm ni. Bla bla bla.’ Aina dengar panasss je. Nak nangis je rasa. Last last aina kena stay up kat ofis until 7.30pm. Kalau claim OT, dah bape puluh dah dapat tau! :’( Tapi 

2nd taim masa nak buat penanda kehadiran mereka mereka ni. Dah la aina penat nak menunggu gambar gambar depa ni. Pastu ber-problem nak meng-laminate plak. Bler bos nak die plak bising bising ckp ‘napa nak buat susah susah, orang lain dah siap pasang dah’ wuuu. Bayang kan laaaa. Bukan die nak tolong!  Aina nak siap kan 30++ set sowang. Seb baik kak aisah ade tolong. Mmg sampai ke hari ni aina rasa badi sangat dengar suara die. Kalau dengar je, rasa nak lari jauh jauh! Lepas setel segala kejadah merepek ni, aina nak tumpu pada task yang en am bagi tuh je! malas nak buat kerja orang lain~ Ergh! Sabar jee laaa. Elok elok dengan senang hati nak tlg, tros rasa tak ikhlas nak buat. Nasib baik dah tak lama dah kat sini. 3 minggu je lagi. lepas tuh, CAUCHENCAU~ :)


so, moral of the story! hormat la org lain jugak weyh! kalau dah malas nak buat, jgn la nak kutuk hasil kerja orang lain! hilang hormat org lain kat kau nanti. Hidup ni jangan nak macam YES sangat laa.Even awak tuh umur lagi tua, bukan bermakna awak tak boleh nak hormat org lain! Tunjuk la cth yang baik pd adek adek mcm kami ni~ :)


okeyh dear! gtg. ADIOSs AMIGOSs~ xoxo!


p/s: ni la org ckp, umur tu tak melambangkan kematangan.

Tuesday, 7 June 2011

:: LIST THINGS TO DO BEFORE nurulaina GET MARRIED! ::

SALAM!


Dear Peeps!
Hye! Siang tadi dah banyak sangat tido. So malam ni takde keja nak buat, terpikey nak update entry baru. Urm. Tadi dapat tau yang one of my classmate masa sekolah rendah dulu bakal berkahwin masa cuti skolah nanti. Waaaa. Jelesnye! Huhu. Ingat lagi masa kecik kecik dulu selalu je main buai sama sama masa balik sekolah agama. Sekarang nak kawen dah die. Anway, tahniah! NADIA bt MD RASHID. J haih. Bila plak la sampai turn nurulaina ni. Kalau ikut perancangan, tahun depan dah kawen. Mesti sekarang ni tengah sibuk sibuk pkey persiapan and kumpul duit. Hehe. Tp nak buat macam mana, calon dah lari. Nak kejar pon tak dapat dah. Die sprinter, aina ni lari dalam guni boleh lah. Hihihi. :p so, terpaksa lah meng-extend-kan niat nak kawen muda muda ni. So aina target, 25 aina kena kawen. Thats mean 3 taun lagi. =.=” *mana nak rembat lelaki nak dok seblah time besanding nanti? * tapi sebelum tu dalam masa 3 taun ni jugak, banyak benda yang aina nak buat before aina kawen. Hehe. Jom tengok check list aina! :


1. Nak jadi degree holder!


Taun depan, insyaALLAH dah grad! Yeay! Hehe. Of kos la kena habis kan degree dulu. Kalau tak, membazir je belaja lame lame. J
2. Kerja tetap!


Ini adalah perlu. Kerana, wanita zaman sekarang perlu berdikari dan menjana pendapatan sendiri. Barulah tidak membebankan suami. Kan kan kan?
3. Ada kereta sendiri.


Nak beli kereta! Hehe. Senang nak balik kampong. Tak payah nak menyusahkan semua orang lagi. And i think perempuan yang ada kereta SENDIRI adalah cool. hehe
4. Kuruskan badan! Haha


Erk! Disebabkan aina sekarang sudah semakin ‘sihat’ juga mengalami masalah ketika berpakaian, so adalah perlu untuk aina menguruskan badan agar Nampak slim dan ramping ketika hari bahagia. Cewahh. Ye la! Nak jugak pakai cantek cantek masa kawen nanti! ;p
5. Duit simpanan ASB perlu lebih 10k! Wiwit~


Nak kawen weyh! Bukan benda main main. Zaman sekarang barang semua mahal. Kalau kawen kat siam pon sampai 2-3 ribu. Doa doa la aina kawen ngn anak raja. Haha senang idup~
6. Duduk rumah bujang.


Nak sangat rasa pengalaman duduk umah bujang. Macam seronok je duduk dengan kawan kawan. PANDA, SONA! Make sure kita punye plan menjadi yek! J
7. Powerkan skill memasak.


Hehe. Mak kata, nak pikat hati suami kena la pikat perut die. Sekarang time belajar ni tak berpeluan nak mantapkan skil skil sudip ngn kuali *alasan* so, kalau boleh, nak jadi macam TOK IBU.  Nanti senang, suami and anak anak cakap je nak makan ape, semua mummy bley masak! Cewahh! Kan seronok macam tuh! hihi
8. Upgratekan jugak ilmu agama.


Kalau boleh. Sebelum kawen kena la mantap ilmu agama ni. Senang idup nanti. Nak didik anak anak akan datang, nak harmonikan rumah tangga. *cewahh* isteri mithali la katalkan. Hehe.  Nak sangat ajar anak mengaji sendiri. Tak payah nak upah upah orang. Jimat duit, dapat pahala plus bley rapatkan ikatan kekeluargaan. Kan? J
9. Holiday dengan my gurls.


Hehe! Gurls day out! Ala ala bachelor party la konon nye. Nak spent time dengan kawan kawan puas puas before kawen. Kalau dah kawen nanti payah plak. Masing masing bawak angkatan tentera. Huhu. Tak aman idup nak bergosip gossip.J
10.        Bawak adek adek g makan angin.


Saya merupakan akak yang baik! Saya amat menyayangi adek adek. So, teringin nak bawak adek holiday. Mesti diorang suka. ^^
11.        Sponsor mak abah hunnymoon kat SABAH!


Kenapa SABAH? Because SABAH tempat yang sangat sangat special bg aina. Tak boleh diganti dengan tempat lain. Tersimpan kenangan yang sangat indah kat sana. Nak mak ngn abah rasa simpan sweet moment diorg kat sana jugak! hehe Cewahh. :)

plus mak ngn abah pon nak pegi sana lagi! *dulu aina and family pernah stay sana*
12.        Lastly, pastikan MR. X dah kawen. J


Erk! Jangan Tanya kenapa. =.=”


Kalau tgk list kat atas ni macam mustahil je nak buat dalam masa 3 taun ni. Haish. Adakah ini bermakna yang aina perlu meng-extend-kan lagi? Aigoo. Tak sanggup~! Haha ape ape pon, aina harap dipermudahkan segala perancangan dan perbuatan juga dikurniakan jodoh yang baik dunia akhirat. Siapa dia? Wallahua’lam.  


Menunggu dan berharap tibanya saat itu . :)
tagged: SYABAD! SONA! MAR! KEATY~ :)



Tuesday, 24 May 2011

:: demam NORA ELENA ::

SALAM.

Dear Peeps!

Hye! Hye! Hye! Korang korang! Tgk tak cerita NORA ELENA! :D sekarang ni semua suri rumah dan makcik makcik serta wanita wanita seluruh Malaysia tengah demam cerita ni. Hehe. Ala ala masa cerita NUR KASIH the series and ADAMAYA dulu la die punye penangan. Seriously mmg best sangat cerita ni. Aina mmg tak lepas la. Kalau cerita ni start je, satu ape pon tak boleh buat. Najwa ajak main pon buat bodo je.! Kikiki. Sorry sayang~

Kenapa cerita ni best?

1    Sebab AARON AZIZ hero!
Hehehe. Siapa tak kenal abang hensem, macho, cool dan berbadan ketak ketak ni kan? Hii~ pujaan wanita tuu. Pulak tu dalam cerita ni die berlakon hagak cool bangeeettt. Lagi la. Cair hati makk noxxx. *ade tak sesapa muka macam die x? Masok minang saya segera pleaseeee* :p
see.. hensem kan?! hensem kan?! :D
sumber: en.google!

2.      Jalan cerita die best!
Cerita ni diadaptasi dari novel. Tajuk die KASIH YANG SUCI. Kalau novel pond ah best and tangkap leleh, ape lagi kalau cerita kan? Ramai yang cakap cerita die ni 10 kali lagi lagi best dari novel! So, bayangkan lah! Heee~

ini lah novel asal nye! :)

      Pelakon pelakon superb!
Erk! Pelakon pelakon die pon bagus jugak. Ada siti saleha, ery putra, wan syarmila, miera lyana, kuna dll.  Lakonan nye mcm real je even ramai pelakon baru. Sampai kan PAK ALI (driver seth)  yang tak dikenali tuh pon diminati. PAK ALI sangat comel! Kikiki~

Teraju utama NORA ELENA!

      Cerita ni pasal PUTUS TUNANG!
Hehe. Sebenarnya cerita ni dekat ngn hati aina sebab the main cerita pasal diorang putus putus tunang. So cerita ni bagi sumber inspirasi kat aina nak teruskan life dengan positif! Kikiki. Mane tak nye, heroin tuh putus dengan ZUL ARIFFIN dapat AARON AZIZ! Hihi. Mane tau aina pon dapat macam tuh? Kannn~ tuh yang feeling abes tgk cerita ni! *tapi MR.X tade la jahat macam zul tuh. die baik je~* :D

5    Last! sebab dalam cerita ni AARON AZIZ dari MERSING!
Hehe. Ada kena mengena ke? Layan je laaa~ *balik kampong weekend ni nak cari anak TOKEY TAN kat MERSING!*J

Hehe. Okeyh! Itu sahaja dari saya. Sekian harap maklum!  jangan lupa setiap ISNIN – KHAMIS (7 petang!) WAJIB TONTON! ^_^

p/s: harini najwa buat mummy sentap lagi. die tegur adek die (kat perut mama die) " adek adek, nanti main sama sama dengan kakak ea. nanti acip beli. adek nak ikut acip tak" =.=" *sigh*

Thursday, 5 May 2011

- Exam Dunia vs Exam Akhirat -

Sebenarnya aina dah tulis entry ni panjang berjela malam tadi. Tapi disebabkan masalah teknikal, takboleh nak post pastu die  tak save. Grrr! Tension terus jerit jerit dengan PANDA. Huuu. :’( Sebenarnyea nak cerita, semalam masa jawab paper GIS SOFTWARE SYSTEM ade satu soalan ni hagak susah dan tak tercapai dek akal untuk kami kami menjawab. Sebabnye macam tak ada dalam nota. Kalau xsilap, solan pasal “cloud computing” and “mobility” mcm tuh la lebeyh kurang. *korang pon mesti tak tau ape die kan kan kan? :D*. Nak dijadikan cerita, one of my minah senget kesayangan ni tanye le lecturer yang menjaga tuh *yang ajar kami jugak* dengan harapan dapat la hint hint jawapan siket siket. Apalagi, disebab kan semua orang tak tau nak jawab soalan tuh, and mengharapkan hint hint jawapan diberikan, keadaan dewan exam pon jadi macam PASAR MALAM TAMAN TERATAI setiap hari isnin. Hehe. Ade jugak yang sempat ber-soksek-soksek dengan orang sebelah menyebelah. Melihat kan keadaan dewan yang huru hara plus takde idea nak menjawab, aina tetiba terpikir entry ni. J

Tak ada pape pon sebenarnya. *tgk tajuk macam gempak jek an?* hihi. Sebenarnya, setiap kali exam fever datang aina selalu terpikir, kalau exam kat dunia ni persiapan kita bukan main lagi. Tapi tak ramai orang yang buat preparation yang mantap untuk kita mengadap exam kat akhirat *termasukla yang menulis entry ni skali* kan? Hurm.

·         Kita dah diberitahu tarikh nak jawab exam bila. Siap dengan masa n tempat nak jawab exam skali. Hehe. So, kita just get ready je la sebelum tarikh and masa yang ditetapkan. Contohnye, next paper aina programming 3, esok pukul 9am – 11 am tempat B08 BK12. Hah! Kan ke detail tuh? :D
·         Tapi kalau exam akhirat kita langsung tatau bila kita kena jawab kan? Esok ke, lusa ke, minggu depan ke. Ntah ntah kejap lagi! Hah! Siapa tau?! Yang penting mmg dah dijanjikan setiap makhluk akan menghadapi nye. Persoalannya, adakah kita bersedia? Hurm *dush! Kena batang idung sendiri~!*
·         Bukan tu je, kalau exam kat dunia ni, kita selalu diberi peluang untuk belaja dari kesilapan and baiki diri. Tp selalunye kita jarang sedar diri *dush! Terkena batang idung sendiri hihi* contohnye, kalau kta tak excellent masa UPSR, kita boleh lagi cuba masa PMR. Kalau tak boleh jugak, SPM kan ade! Kalau sem ni xdapat 4flat, sem depan boleh cuba lagi. Kalau fail, siap bley repeat repeat lagi.
·         Hurm! Agak agak nanti kita bley main repeat repeat ke? *pikir*
·         Selalu kalau kat sekolah, cikgu selalu suruh kita jawab soalan soalan past year. Sebab cikgu cakap soalan exam ni tak lari jauh mana pon. Pusing pusing tuh jugak yang dia tanye. Kalau kat u ni, ade jgk lecturer yang baik siap bagitau hint hint soalan.  AS a student, juat buat review tajuk tajuk yang masuk je. Tp, tuh pon ade jugak yang last minute baru nak study. Mula la tak tido malam, esok xdapat jawab jugak sebab ngantok. *totaly nurulaina!* hihihi
·         Hehe. Kita sejak azali mmg dah tau dah ape yang akan ditanya nanti. Siap diberi skema jawapan lagi kan? Hehe bukan tu je, sebelum masuk “dewan exam” pon akan diajar lagi cara nak menjawab. Tp macam mana persediaan kita pulak?-.-“ *malu sendiri*

SKEMA JAWAPAN KITA ‘NANTI’ :   

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.


Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -
         
Sebenarnya bukan apa, kalau tiba musim exam mesti study menggila *tuhla, dalam kelas dok main je!* kadang kadang sampai membelakangkan apa yang patut didahulukan. Contohnye, kalau tengah khusyuk study dengar azan pon buat tatau je. Dah nak abes waktu baru nak terhegeh hegeh bentang sejadah, pulak tuh sembahyang pon laju semacam je. *dush dush! Kena batang idung sendiri lagi!* hurm. Dulu mak selalu ajar, kalau mnka Berjaya kena doa banyak banyak. Kalau sembahyang pon tak betul agak agak Tuhan terima tak doa kita. Kalau doa tak diterima boleh berjaya tak? Basic thing kan? Tapi tuh la yang kita semua selalu terlepas pandang. So, kesimpulan nya, dalam sibuk kita kejar kejayaan kat dunia ni, jangan dilupa kejayaan yang kat ‘sana’ lagi kekal abadi. Sama sama lah kita berusaha baiki mana yang patut! Fighting! Wallahualam~!  J
be prepared! :)



 p/s: entry ini adalah peringatan kepada diri sendiri semata mata. :)