Sunday, 1 January 2012

101

Salam.

Dear peeps.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan setiap makhluk di muka bumi.
Alhamdulillah. Syukur. Masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan hingga ke saat ini.
Semalam hangout dengan kawan kawan. 
Tengok gelagat manusia.
Tengok ragam manusia.
Macam macam kerenah ada.

Bercerita tentang tahun baru ni,
Aina rasa hari ni semua orang tengah bersemangat nak pasang azam baru.
Nak baiki diri. Kehidupan. Dan dari segala segi.
Allahuakbar. Aina ada jugak. ;)

Di pagi 2012 ni sayu je rasa hati.
Air mata tak terbendung.
Emosi tak terkawal.
Kenapa?
Aina sendiri tak pasti jawapan nya.
Serious TAK TAHU.


Hati ini berharap Tuhan masih menyayangi dan akan sentiasa menyayagi diri ini sampai bila bila. Berharap diri ini di pelihara dan sentiasa berada dalam nikmat Iman dan Islam dan berada dalam naungan keberkatan NYA. Semoga hati ini tak terpesong dan tidak dipesongkan. :'(  *serious nak nangis sangat sangat* 







Saturday, 31 December 2011

Post yang ke seghatus! :)

Salam. 

Hye peeps. Allahuakbar. Mamai mamai lagi ni.
Almaklumlah. 3 hari punye tdo dibalas dendam.
Oh, ini post saya yang ke seghatus! weeheee.
Rajin jugak Nurulaina ni. :)

For this entry, aina tatau nak tles ape.
TERLALU banyak benda yang ada dalam otak ni. 
Cuma malas nak diterjemahkan ke sini. 
Tak tau nak cari ayat yang paling sesuai.

BTW, esok dah masuk tahun baru.
Rasa sayang pulak nak tinggalkan tahun ini.
2011 yang penuh dengan suka dan duka.
Juga pengajaran dan pengalaman yang tak dapat dilupakan.
InsyaAllah benda yang berlaku menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik dr yg sebelumnya.

Dari awal tahun, dilanda dengan masalah yang cukup hebat.
Perkenalan, percintaan, hubungan yang dibina tggal kenangan. 
Yes, kenangan yang  mendewasakan. Yang menjadikan aina lagi kuat.
Yang menjadikan aina kenal diri sendiri. Kenal istilah kawan dan 'kawan'.
Terlalu banyak ingin diluah kan. Tapi tak kesampaian. Biar aina simpan dalam hati. :)

2011 juga tahun yang aina rasa, aina dah pandai berdikari.
Ya. Berdikari dari segala segi.
Tak mengharapkan orang lain (kecuali lintas jalan) hihi.
Im proud of myself. Oh, terasa sangat dewasa. :)

2011 ini juga berikan cinta baru. (oh, bukan cinta muka buku!)
Cinta yang dewasa. Yang penuh dengan kematangan.
Yang membuka mata, hati dan jiwa.
Oh, semoga cinta 2011 ini berkekalan sehingga ke akhirnya.

2011 ini juga bertambah lagi koleksi kesayangan aina.
11.11.11 dikurniakan lelaki paling kacak didunia.
Semoga anak ini menjadi kebanggaan keluarga.
Membesar dengan didikan dan ajaran agama yang sempurna.

2011 menjadikan aina kenal dunia.
Ragam manusia, adat dan percaturan dunia.
Terlalu banyak suka dan duka.
Terlalu banyak juga tangis dan ketawa.

2011, Terima kasih untuk segalanya.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat.
Terima kasih untuk kenangan dan pengalaman.
InsyaAllah akan dijadikan pedoman dan panduan.
Untuk menghadapi dunia yang PENUH dengan cabaran.

Semoga Nurulaina untuk 2012 menjadi Nurulaina yang lebih baik dari sebelumnya.
------------------------------------END----------------------------------------




Friday, 30 December 2011

Don't cry because it is over, smile because it happened!

Last week, one of my BEST friend chat dengan aina. 
Dia kata dia baru break up dengan boy dia.
I feel sorry for her.
And aina nasihat apa yang patut.
Apa yang buatkan aina impress,
my friend cakap, die doa hari hari. 
Nak jadi kuat like me. :)
Oh, terharu.

And then today, tetiba aina dapat msg.
Dr someone yang tak dikenali.
Die pon mengalami nasib yang sama.
Break up.
Tak boleh lupa boy nya.
And mintak nasihat aina. 
Oh, terharu kuasa dua.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
First, 
Allahuakbar, aina bukan sesiapa pon.
Tak kuat mana pon.
Cuma ape yang aina percaya,
Bler dah tertulis die bukan jodoh kita,
Apa lagi yang mampu kita buat?

Kawan, kita ni manusia biasa.
Kita kena percaya pada janjiNya.
Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.
Tuhan kan sebaik baik Perancang
Tuhan Tahu apa yang terbaik untuk kita.
Slalu kita dengar ayat ayat ni kan?
Kalau kita pegang semua nya.
InsyaAllah setiap apa yang terjadi diterima dengan hati yang tenang.
Syaratnya, percaya dengan hati. Sepenuh hati.

Oh, aina bukan lah seorang yang sempurna.
SANGAT TIDAK sempurna. Masih terlalu banyak cacat cela.
Tapi, siapalah kita nak meratap sayu berlebihan.
Percayalah Tuhan akan beri yang lebih baik dari yang sebelum nya.
Kenapa perlu kita nak berduka cita.

Kawan, yang terutama jangan sesekali kita berdendam.
Jangan menunding jari menyalahkan sesiapa.
Aina percaya kalau betul kita sayang kan seseorang,
Biarlah dia gembira walau dengan apa jua pilihannya.
Doakan lah yang terbaik untuk semua.
Mungkin kita juga terlalu banyak khilafnya.

Mengadu lah dengan Sang Pencipta.
Hanya DIA yang lebih mengerti.
Apa yang tersirat di muka bumi.
DIA juga lah yang memberi.


Percayalah, putus cinta bukan pengakhiran hidup.
Bersyukur diberi pengalaman merasa.
Mungkin juga ini peluang memperbaiki segala galanya.
Mungkin juga sebelum ni kita terlalu lalai dan leka.
Sehingga membelakangkan dari yang sepatutnya.



Muhasabah diri sendiri, 

Mungkin kita juga belum layak untuk dijadikan isteri.
Seterusnya, Siap kan diri. Siapkan beperibadi.


Untuk bertemu dengan calon suami.
Berdoalah kita berjumpa dengan cinta sejati.
:)

p/s: somehow bersyukur jugak sebab benda terjadi sebelum kahwin.
kalau dah kahwin, tak pasal pasal dapat title jandooo.
Mintak dijauhkan, nauzubillah. 



** Kawan, ini BUKAN nasihat. Siapalah saya untuk menasihati sedangkan diri ini masih terlalu banyak yang nak diperbaiki. Apa yang dicatatkan ini anggap lah perkongsian  dari pengalaman sendiri yang tak seberapa. Oh, mari sama sama jadi perempuan yang tuff! Semoga berbahagia selamanya. :)



Monday, 26 December 2011

Surat untuk awak.


Dear awak,


It has been the most amazing 5 months of my life and we have come a very long way and stuck by each other's side through a lot of pain. You have shown me what it's like to love and be loved and that's my happiness. You've help me to understand a lot of things that people don't think i understand. And it make me a very strong person.
You also teach me that to be mature, you have to be an adult. But to be in love you have to be nothing but a human being with a heart. That very true. 

Its all I need to have the most amazing life I can possibly have and thank you for it. :)


** okeyh, terlebih jiwang. penangan bunga 3 kuntum. -.-"

".....Be mindful of Allah, and Allah will protect you. 
Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you.
If you ask, ask of Allah; if you seek help, seek help of Allah......"

Semoga kita sentiasa dekat dengan-NYA.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur atas nikmat-NYA.
Semoga kita menjadi hamba yang terpilih mendapat Hidayah-NYA
Semoga kita berada dalam lindungan dan rahmat dari NYA
Aminn

Selamat malam. :)


** Tuhan, permudahkan segala urusan pada hari esok.
Jadikan aku manusia yang lebih baik dari sebelumnya.

Sunday, 25 December 2011

better.

Saya.
Saya berusaha sebaik mungkin untuk mengubah hidup saya.
Untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Untuk menjadi hamba yang lebih baik.
Untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Untuk menjadi anak yang lebih baik.
Untuk menjadi kawan yang lebih baik.
Untuk menjadi kekasih yang lebih baik.



 Namun,
Saya seorang yang lemah.
Sangat lemah.
Saya lemah dengan godaan.
Saya lemah dengan ujian.
Saya lemah dengan dugaan.
Saya selalu mengeluh.
Saya selalu menangis.
Saya selalu putus asa.

Jadi.
Sila bantu saya.
Jangan tinggal saya.
Jangan gelakkan saya.
Saya perlukan tangan.
Untuk membimbing saya.
Tolong doakan saya


Semoga
Dipermudahkan jalan perjuanganku.
Semoga diberkati olehNya.
Semoga mendapat keredhaannya.

Terima kasih.

Saturday, 24 December 2011

Kau kau kau. Aku aku aku.

Usah kau usik lagi hati ini.
Kenapa kau datang kembali?
Setelah lama kau menepi.
Perlukah setiap kenangan diungkit.
Suka kah kau jika hati ini menangis lagi.


Bukan aku membenci.
Apatah lagi ingin menyakiti.
Tapi aku tak mahu ingat lagi.

Cukup lah apa yang terjadi.

Jangan risau, doa untukmu sentiasa mengiringi.
Kerana kau dulu pernah ada dihati ini.
Semoga kau bahagia dengan si pilihan hati.
Kerana aku juga punya pengganti.
Yang mampu membuat aku tersenyum lagi. 



**semoga kau sentiasa diberkati. :)