Kawan,
Biarkan kisah ini berlalu pergi.
Sematkan segalanya dalam hati.
Biar kita simpan sampai mati.
Kau tahu, terlalu banyak hati yang telah disakiti.
Jangan kau menoleh lagi.
Impian lama tak mungkin menjadi realiti.
Teruskan kejar apa yang kau impi selama ini.
Kawan,
Terima kasih kerana hadir memenuhi episod dalam drama diri ini,
Terlalu banyak yang aku pelajari dari setiap yang terjadi.
Berdoalah pada Ilahi.
Semoga kita semua diberkati.
Semoga kita bersua kembali.
Bersama kebahagiaan yang kita miliki.
Sayang,
Terima Kasih untuk kesabaran dalam diri.
Terima Kasih kerana cuba memahami.
Terima Kasih untuk setiap saat berada disisi.
Sayang,
Maaf atas segala kekhilafan perasaan ini.
Ia hanya kelemahan dan kekurangan diri.
Yang terlalu leka dibuai diulit kenangan semalam
Ketenanganmu sentiasa menambat hati.
Percayalah, akan ku cuba perbaiki diri.
Untuk kita sama sama mengecapi kebahagiaan yang abadi.
No comments:
Post a Comment