Tuesday, 7 June 2011

:: LIST THINGS TO DO BEFORE nurulaina GET MARRIED! ::

SALAM!


Dear Peeps!
Hye! Siang tadi dah banyak sangat tido. So malam ni takde keja nak buat, terpikey nak update entry baru. Urm. Tadi dapat tau yang one of my classmate masa sekolah rendah dulu bakal berkahwin masa cuti skolah nanti. Waaaa. Jelesnye! Huhu. Ingat lagi masa kecik kecik dulu selalu je main buai sama sama masa balik sekolah agama. Sekarang nak kawen dah die. Anway, tahniah! NADIA bt MD RASHID. J haih. Bila plak la sampai turn nurulaina ni. Kalau ikut perancangan, tahun depan dah kawen. Mesti sekarang ni tengah sibuk sibuk pkey persiapan and kumpul duit. Hehe. Tp nak buat macam mana, calon dah lari. Nak kejar pon tak dapat dah. Die sprinter, aina ni lari dalam guni boleh lah. Hihihi. :p so, terpaksa lah meng-extend-kan niat nak kawen muda muda ni. So aina target, 25 aina kena kawen. Thats mean 3 taun lagi. =.=” *mana nak rembat lelaki nak dok seblah time besanding nanti? * tapi sebelum tu dalam masa 3 taun ni jugak, banyak benda yang aina nak buat before aina kawen. Hehe. Jom tengok check list aina! :


1. Nak jadi degree holder!


Taun depan, insyaALLAH dah grad! Yeay! Hehe. Of kos la kena habis kan degree dulu. Kalau tak, membazir je belaja lame lame. J
2. Kerja tetap!


Ini adalah perlu. Kerana, wanita zaman sekarang perlu berdikari dan menjana pendapatan sendiri. Barulah tidak membebankan suami. Kan kan kan?
3. Ada kereta sendiri.


Nak beli kereta! Hehe. Senang nak balik kampong. Tak payah nak menyusahkan semua orang lagi. And i think perempuan yang ada kereta SENDIRI adalah cool. hehe
4. Kuruskan badan! Haha


Erk! Disebabkan aina sekarang sudah semakin ‘sihat’ juga mengalami masalah ketika berpakaian, so adalah perlu untuk aina menguruskan badan agar Nampak slim dan ramping ketika hari bahagia. Cewahh. Ye la! Nak jugak pakai cantek cantek masa kawen nanti! ;p
5. Duit simpanan ASB perlu lebih 10k! Wiwit~


Nak kawen weyh! Bukan benda main main. Zaman sekarang barang semua mahal. Kalau kawen kat siam pon sampai 2-3 ribu. Doa doa la aina kawen ngn anak raja. Haha senang idup~
6. Duduk rumah bujang.


Nak sangat rasa pengalaman duduk umah bujang. Macam seronok je duduk dengan kawan kawan. PANDA, SONA! Make sure kita punye plan menjadi yek! J
7. Powerkan skill memasak.


Hehe. Mak kata, nak pikat hati suami kena la pikat perut die. Sekarang time belajar ni tak berpeluan nak mantapkan skil skil sudip ngn kuali *alasan* so, kalau boleh, nak jadi macam TOK IBU.  Nanti senang, suami and anak anak cakap je nak makan ape, semua mummy bley masak! Cewahh! Kan seronok macam tuh! hihi
8. Upgratekan jugak ilmu agama.


Kalau boleh. Sebelum kawen kena la mantap ilmu agama ni. Senang idup nanti. Nak didik anak anak akan datang, nak harmonikan rumah tangga. *cewahh* isteri mithali la katalkan. Hehe.  Nak sangat ajar anak mengaji sendiri. Tak payah nak upah upah orang. Jimat duit, dapat pahala plus bley rapatkan ikatan kekeluargaan. Kan? J
9. Holiday dengan my gurls.


Hehe! Gurls day out! Ala ala bachelor party la konon nye. Nak spent time dengan kawan kawan puas puas before kawen. Kalau dah kawen nanti payah plak. Masing masing bawak angkatan tentera. Huhu. Tak aman idup nak bergosip gossip.J
10.        Bawak adek adek g makan angin.


Saya merupakan akak yang baik! Saya amat menyayangi adek adek. So, teringin nak bawak adek holiday. Mesti diorang suka. ^^
11.        Sponsor mak abah hunnymoon kat SABAH!


Kenapa SABAH? Because SABAH tempat yang sangat sangat special bg aina. Tak boleh diganti dengan tempat lain. Tersimpan kenangan yang sangat indah kat sana. Nak mak ngn abah rasa simpan sweet moment diorg kat sana jugak! hehe Cewahh. :)

plus mak ngn abah pon nak pegi sana lagi! *dulu aina and family pernah stay sana*
12.        Lastly, pastikan MR. X dah kawen. J


Erk! Jangan Tanya kenapa. =.=”


Kalau tgk list kat atas ni macam mustahil je nak buat dalam masa 3 taun ni. Haish. Adakah ini bermakna yang aina perlu meng-extend-kan lagi? Aigoo. Tak sanggup~! Haha ape ape pon, aina harap dipermudahkan segala perancangan dan perbuatan juga dikurniakan jodoh yang baik dunia akhirat. Siapa dia? Wallahua’lam.  


Menunggu dan berharap tibanya saat itu . :)
tagged: SYABAD! SONA! MAR! KEATY~ :)



No comments:

Post a Comment