Thursday, 5 May 2011

- Exam Dunia vs Exam Akhirat -

Sebenarnya aina dah tulis entry ni panjang berjela malam tadi. Tapi disebabkan masalah teknikal, takboleh nak post pastu die  tak save. Grrr! Tension terus jerit jerit dengan PANDA. Huuu. :’( Sebenarnyea nak cerita, semalam masa jawab paper GIS SOFTWARE SYSTEM ade satu soalan ni hagak susah dan tak tercapai dek akal untuk kami kami menjawab. Sebabnye macam tak ada dalam nota. Kalau xsilap, solan pasal “cloud computing” and “mobility” mcm tuh la lebeyh kurang. *korang pon mesti tak tau ape die kan kan kan? :D*. Nak dijadikan cerita, one of my minah senget kesayangan ni tanye le lecturer yang menjaga tuh *yang ajar kami jugak* dengan harapan dapat la hint hint jawapan siket siket. Apalagi, disebab kan semua orang tak tau nak jawab soalan tuh, and mengharapkan hint hint jawapan diberikan, keadaan dewan exam pon jadi macam PASAR MALAM TAMAN TERATAI setiap hari isnin. Hehe. Ade jugak yang sempat ber-soksek-soksek dengan orang sebelah menyebelah. Melihat kan keadaan dewan yang huru hara plus takde idea nak menjawab, aina tetiba terpikir entry ni. J

Tak ada pape pon sebenarnya. *tgk tajuk macam gempak jek an?* hihi. Sebenarnya, setiap kali exam fever datang aina selalu terpikir, kalau exam kat dunia ni persiapan kita bukan main lagi. Tapi tak ramai orang yang buat preparation yang mantap untuk kita mengadap exam kat akhirat *termasukla yang menulis entry ni skali* kan? Hurm.

·         Kita dah diberitahu tarikh nak jawab exam bila. Siap dengan masa n tempat nak jawab exam skali. Hehe. So, kita just get ready je la sebelum tarikh and masa yang ditetapkan. Contohnye, next paper aina programming 3, esok pukul 9am – 11 am tempat B08 BK12. Hah! Kan ke detail tuh? :D
·         Tapi kalau exam akhirat kita langsung tatau bila kita kena jawab kan? Esok ke, lusa ke, minggu depan ke. Ntah ntah kejap lagi! Hah! Siapa tau?! Yang penting mmg dah dijanjikan setiap makhluk akan menghadapi nye. Persoalannya, adakah kita bersedia? Hurm *dush! Kena batang idung sendiri~!*
·         Bukan tu je, kalau exam kat dunia ni, kita selalu diberi peluang untuk belaja dari kesilapan and baiki diri. Tp selalunye kita jarang sedar diri *dush! Terkena batang idung sendiri hihi* contohnye, kalau kta tak excellent masa UPSR, kita boleh lagi cuba masa PMR. Kalau tak boleh jugak, SPM kan ade! Kalau sem ni xdapat 4flat, sem depan boleh cuba lagi. Kalau fail, siap bley repeat repeat lagi.
·         Hurm! Agak agak nanti kita bley main repeat repeat ke? *pikir*
·         Selalu kalau kat sekolah, cikgu selalu suruh kita jawab soalan soalan past year. Sebab cikgu cakap soalan exam ni tak lari jauh mana pon. Pusing pusing tuh jugak yang dia tanye. Kalau kat u ni, ade jgk lecturer yang baik siap bagitau hint hint soalan.  AS a student, juat buat review tajuk tajuk yang masuk je. Tp, tuh pon ade jugak yang last minute baru nak study. Mula la tak tido malam, esok xdapat jawab jugak sebab ngantok. *totaly nurulaina!* hihihi
·         Hehe. Kita sejak azali mmg dah tau dah ape yang akan ditanya nanti. Siap diberi skema jawapan lagi kan? Hehe bukan tu je, sebelum masuk “dewan exam” pon akan diajar lagi cara nak menjawab. Tp macam mana persediaan kita pulak?-.-“ *malu sendiri*

SKEMA JAWAPAN KITA ‘NANTI’ :   

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.


Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -
         
Sebenarnya bukan apa, kalau tiba musim exam mesti study menggila *tuhla, dalam kelas dok main je!* kadang kadang sampai membelakangkan apa yang patut didahulukan. Contohnye, kalau tengah khusyuk study dengar azan pon buat tatau je. Dah nak abes waktu baru nak terhegeh hegeh bentang sejadah, pulak tuh sembahyang pon laju semacam je. *dush dush! Kena batang idung sendiri lagi!* hurm. Dulu mak selalu ajar, kalau mnka Berjaya kena doa banyak banyak. Kalau sembahyang pon tak betul agak agak Tuhan terima tak doa kita. Kalau doa tak diterima boleh berjaya tak? Basic thing kan? Tapi tuh la yang kita semua selalu terlepas pandang. So, kesimpulan nya, dalam sibuk kita kejar kejayaan kat dunia ni, jangan dilupa kejayaan yang kat ‘sana’ lagi kekal abadi. Sama sama lah kita berusaha baiki mana yang patut! Fighting! Wallahualam~!  J
be prepared! :)



 p/s: entry ini adalah peringatan kepada diri sendiri semata mata. :)

No comments:

Post a Comment